Sunday 23 June 2013

Malam Nisfu Syaaban dan Kelebihan

Assalamualaikum.
Dikesempatan ini sha akan bercerita sedikit sebanyak tentang MALAM NISFU SYAABAN dan kelebihannya. Maaf kiranya sha belum lagi berpeluang untuk 'post' tentang tangga gaji pensyarah.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam ke-15 bulan Syaaban. Ia bermula selepas maghrib pada hari ke-14 dalam bulan Syaaban. Ini bermakna kita punya 15 hari lagi menuju ke bulan Ramadhan. Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya : "Tahukah kamu sekalian mengapa dinamakan bulan Syaaban ?" Mereka menjawab Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui. Nabi bersabda : "Kerana di dalam bulan itu banyak macam-macam kebaikan ,yang banyak sekali." Al Hadis Kitab.

Kelebihan malam nisfu syaaban ialah:
1. "Barangsiapa menghendaki ganjaran / pahala akhirat, maka Kami tambahkan
    pahala kepadanya dan barangsiapa menghendaki pahala / balasan di dunia
    maka akan Kami beri bahagiannya di dunia akan tetapi jika tidak mendapat
    bahagian di akhirat kelak." Surah Asy Syuura ayat 19-20.
2. Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Keutamaan bulan Syaaban di atas
    semua bulan itu seperti keutamaan saya di atas semua nabi dan keutamaan
    bulan Ramadan itu di atas semua bulan ibarat keutamaan Allah di atas semua
    hamba-Nya." Al Hadis ini disahihkan dari beberapa riwayat hadis.
3. Nabi Muhammad SAW mengerjakan puasa di bulan Syaaban sepenuhnya
    (sebulan penuh) dan baginda bersabda, maksudnya : "Allah telah menerima
    semua amalan para hamba di bulan ini (bulan Syaaban)." Al Hadis disahihkan
    oleh sementara periwayat hadis.
4. Dari Abi Hurairah r.a. dari Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya :
    "Telah datang Jibril a.s pada malam Nisfu Syaaban dan dia berkata , Ya
    Muhammad, pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka,
    maka berdirilah dan kerjakan sembahyang lalu angkatlah kepalamu dan kedua
    tanganmu ke langit !"
5. Kata saya (Nabi Muhammad) : "Hai Jibril, apakah erti malam ini ?"
    Dia (Jibril) menjawab: "Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka
    Allah telah mengampuni orang-orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan
    sesuatu kecuali ahli sihir, bomoh hitam, orang-orang yang suka
    permusuhan/pergaduhan, peminum arak, orang-orang yang berbuat zina,
    pemakan riba, orang-orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang-orang
    yang suka mengadu domba (batu api) dan orang-orang yang memutuskan tali
    persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni
    kesalahannya sehingga mereka mahu bertaubat dan tidak akan mengulang lagi
   atas perbuatannya itu."

Kita akhirkan dengan doa malam nisfu syaaban:
"Ya Allah, apabila Engkau mencatat namaku sebagai orang yang celaka, Engkau catat di dalam buku catatan celaka, maka padamlah dan catatlah dalam buku catatan orang yang berbahagia dan apabila Engkau mencatatkan namaku sebagai orang yang berbahagia, di dalam buku catatan bahagia, maka tetapkanlah. Maka sesungguhnya Engkau telah berfirman di dalam Kitab-Mu yang mulia. Allah menghapus dosa-dosa yang Dia kehendaki dan menetapkan apa-apa yang Dia kehendaki dan disisi-Nya ada kitab yang mulia (Kitab Al-Quran) Al-Hadis."

This post is credited to Pusat Zakat Negeri Sembilan>Tazkirah>Syaaban dan Malam Nisfu Syaaban.

Friday 21 June 2013

Pensyarah Sebagai Suatu Kerjaya

Pensyarah menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka adalah individu yang memberi syarahan dan ceramah di universiti. Golongan ini merupakan guru di universiti. Kelayakan sebagai pensyarah berbeza daripada kelayakan untuk menjadi guru di sekolah harian, sekolah menengah sains dan maktab rendah sains mara. Persoalannya bagaimanakah cara-cara untuk menjadi seorang pensyarah?

Kelayakan untuk menjadi pensyarah di universiti utama negara adalah mempunyai kelayakan Doktor Falsafah. Berikut adalah laluan untuk mendapatkan ijazah ini selepas spm:

1. Diploma/Asasi/Matrikulasi/STPM atau setaraf di IPTA/IPTS
2. Ijazah Sarjana Muda di IPTA/IPTS/Overseas
3. Ijazah Sarjana di IPTA/IPTS/Overseas
4. Doktor Falsafah di IPTA/IPTS/Overseas

Terdapat pelbagai bidang untuk melanjutkan pengajian Doktor Falsafah.
Antaranya matematik, fizik, kimia, biologi, bahasa inggeris, bahasa melayu dan pelbagai bidang sains sosial.

Beberapa perkara yang penting perlu dititikberatkan sebelum memulai pengajian. Pertama, kewangan yang stabil. Seeloknya cuba dapatkan biasiswa daripada kerajaan atau swasta. Kedua, mengenalpasti lokasi pusat pengajian. Soal jarak dari rumah atau tempat-tempat tertentu akan dikenalpasti. Ketiga, adakah pengajian tersebut diluluskan oleh JPA atau MQA.

Kelayakan seseorang pemohon untuk menjadi pensyarah bergantung pada keperluan sesebuah institusi pendidikan tersebut. Terdapat universiti yang hanya memerlukan kelayakan Ijazah Sarjana untuk ditempatkan manakala kebanyakan universiti-universiti utama seperti universiti penyelidikan dan universiti Accelerated Programme for Excellence (APEX) mengkehendaki pemohon yang mempunyai kelayakan Doktor Falsafah. Contoh universiti yang memerlukan kelayakan Ijazah Sarjana ialah Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMaP). Contoh universiti yang memerlukan kelayakan Doktor Falsafah ialah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM).

Suatu kesimpulan yang dapat dibuat ialah kerjaya sebagai seorang pensyarah bukan calang-calang kerjaya. Hal ini kerana pelbagai tahap perlu ditempuhi demi mendapatkan kelayakan bagi menyandang jawatan ini. InsyaALLAH pada 'post' yang akan datang saya akan membincangkan tangga-tangga gaji bagi jawatan pensyarah.

Friday 17 August 2012

oH dUIT..

salam..duit oh duit..tajuk pun semacam nih..dengan dekat nak raya, budak2 memang suka duit ni. apatah lagi abang kakak and ayah bebudak..bak kata lainnya semua mata duitan..oppss jangan mare. bukanke kite mmg suka duit raya ni termasukla sha.. ^^

raya

nak raya ni, semua benda nak baru, baju kurung baru, kasut baru, tudung baru, baju melayu baru, langsir baru..mau menipis poket tuh hehe! tapi beringat waktu berbelanja..nanti lepas raya cam mane..hu? so kerija laei kerija laei mau ngumpul uang gitu

duit?

bukan semua benda boleh dibeli dengan duit..setuju tak? sha rasa duit ni cuma alat..tapi awas people, don't buy me with your money!! i mean the feeling and pride. ingat! fikir dulu sebelum berbuat..kalau rasa sendiri bersalah rendahkan ego, mintaklah maaf. insyaallah orang akan maafkan..hemoh3..


Start !

Semoga sejahtera..bismillah..
sha ni baru je nak menjengah alam blog. rupanya menarik bangat blog ni khusus untuk orang dewasa or bisnes yang nak commmunicate within the net yer..dulu waktu belajar time degree adela kengkawan yang sibuk membuka blog masing2 tp sha wat deq jer..tup tup kita lihat saper yang terkena..keh keh <3. sekian buat first post. salam ramadhan mubarak n SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA 1433H yang dijangka tiba ahad 19hb2012 ni. lagi sehari tau. smoga semua dirahmati Allah..bub bye! (^_^)*