Friday 21 June 2013

Pensyarah Sebagai Suatu Kerjaya

Pensyarah menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka adalah individu yang memberi syarahan dan ceramah di universiti. Golongan ini merupakan guru di universiti. Kelayakan sebagai pensyarah berbeza daripada kelayakan untuk menjadi guru di sekolah harian, sekolah menengah sains dan maktab rendah sains mara. Persoalannya bagaimanakah cara-cara untuk menjadi seorang pensyarah?

Kelayakan untuk menjadi pensyarah di universiti utama negara adalah mempunyai kelayakan Doktor Falsafah. Berikut adalah laluan untuk mendapatkan ijazah ini selepas spm:

1. Diploma/Asasi/Matrikulasi/STPM atau setaraf di IPTA/IPTS
2. Ijazah Sarjana Muda di IPTA/IPTS/Overseas
3. Ijazah Sarjana di IPTA/IPTS/Overseas
4. Doktor Falsafah di IPTA/IPTS/Overseas

Terdapat pelbagai bidang untuk melanjutkan pengajian Doktor Falsafah.
Antaranya matematik, fizik, kimia, biologi, bahasa inggeris, bahasa melayu dan pelbagai bidang sains sosial.

Beberapa perkara yang penting perlu dititikberatkan sebelum memulai pengajian. Pertama, kewangan yang stabil. Seeloknya cuba dapatkan biasiswa daripada kerajaan atau swasta. Kedua, mengenalpasti lokasi pusat pengajian. Soal jarak dari rumah atau tempat-tempat tertentu akan dikenalpasti. Ketiga, adakah pengajian tersebut diluluskan oleh JPA atau MQA.

Kelayakan seseorang pemohon untuk menjadi pensyarah bergantung pada keperluan sesebuah institusi pendidikan tersebut. Terdapat universiti yang hanya memerlukan kelayakan Ijazah Sarjana untuk ditempatkan manakala kebanyakan universiti-universiti utama seperti universiti penyelidikan dan universiti Accelerated Programme for Excellence (APEX) mengkehendaki pemohon yang mempunyai kelayakan Doktor Falsafah. Contoh universiti yang memerlukan kelayakan Ijazah Sarjana ialah Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMaP). Contoh universiti yang memerlukan kelayakan Doktor Falsafah ialah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM).

Suatu kesimpulan yang dapat dibuat ialah kerjaya sebagai seorang pensyarah bukan calang-calang kerjaya. Hal ini kerana pelbagai tahap perlu ditempuhi demi mendapatkan kelayakan bagi menyandang jawatan ini. InsyaALLAH pada 'post' yang akan datang saya akan membincangkan tangga-tangga gaji bagi jawatan pensyarah.

5 comments:

  1. Assalamualaikum puan, saya ada sedikit persoalan ingin bertanya:

    saya masih seorang pelajar perubatan yg bakal habis belajar degree pada 2017 dan saya mempunyai cita2 untuk menjadi lecturer dalam bidang ini iaitu bidang asas sains perubatan iaitu yg dlm bidang seperti physiology, anatomy, microbiology, pharmacology dll.

    saya kurang meminati untuk menjadi seorang doktor dan lebih meminati untuk mengajar atau buat research dalam bidang ini. saya berhajat untuk menjadi pensyarah.

    persoalan saya, selepas saya grad dgn degree kelak, apakah yg perlu saya lakukan?
    sebagai contoh, bolehkah saya ambil master dalam bidang anatomy, kemudian dituruti degan PhD dalam bidang anatomi kemudian barulah menjadi pensyarah?

    saya keliru, adakah saya wajib bekerja dulu sebagai syarat utk memohon master? (maksud saya, kalau xpena keja, x boleh apply master?, betul ke?)

    boleh tak kalau habis je degree saya terus cepat2 apply buat master?

    akhir sekali, saya seorang pelajar yg mendapat tajaan biasiswa JPA untuk degree ini, selepas tamat belajar sy terikat dgn JPA, jd bolehkah saya mohon master dan masih dibawah tajaan JPA?

    saya harap puan dapat menjawab persoalan saya. budi baik dan jasa tuan amatlah saya hargai memandang saya amat dilema dan keliru dlm persoalan ini dan tiada maklumat tentang hal ini.

    shafiqaizat93@yahoo.com

    ReplyDelete
  2. Assalam tuan punya blog...
    Boleh sy jv dengan tuan berkaitan http://www.ashadee.net/go/51332/mybestlist atau boleh rujuk sini http://www.kerjayapensyarah.com/ @ http://www.kerjayapensyarah.blogspot.com/

    Wasalam..
    Mohon respond lanjut pihak tuan ke arawiproduction@gmail.com

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum puan, saya ada soalan ingin dikemukakan. saya sekarang masih belajar ijazah sarjana muda dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. bagaimana cara untuk menjadi seorang pensyarah selepas saya menamatkan pengajian saya. mohon respond puan ke ohkasmil@gmail.com

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. 1. Diploma/Asasi/Matrikulasi/STPM atau setaraf di IPTA/IPTS
    2. Ijazah Sarjana Muda di IPTA/IPTS/Overseas
    3. Ijazah Sarjana di IPTA/IPTS/Overseas
    4. Doktor Falsafah di IPTA/IPTS/Overseas

    assalamualaikum puan. saya dalam proses melakukan projek sekolah iaitu folio kerjaya. saya memilih untuk menjadi seorang pensyarah. saya ingin bertnykan dua soalan.
    1) adakah laluan yang ditunjukkan diatas , merupakan sama shaja bagi semua jenis pensyarah?
    2) bolehkan puan tolong berikan berapa tahun bagi setiap laluan yang di tunjukkan seperti diatas?

    rashidahothman99.ro@gmail.com

    ReplyDelete